Sudahlah sampai tidak berisi, Ditambah pula perahu bocor; Sudah pesan tidak dinanti, Ketika bersua tidak menegur. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kuali takkan kering, Bila minyaknya tidak ditambah; Bagaimana hati takkan runsing, Bila akhlaknya banyak menyalah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang Arab minum serbat, Kalau tak manis ditambah gula; Bolehlah abang tolong mengubat, Kalaulah adik mengikut kata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Jangan dijeruk asam belimbing, Kalau tak masin ditambah garam; Jangan ditengok di luar dinding, Kalau sudi masuk ke dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |