Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ditanggung

Puisi
 

Naik bukit meraut nibung,
     Buat perangkap musang jebat;
Penyakit lain boleh ditanggung,
     Penyakit rindu tak ada ubat.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Buruk dikembang pada orang,
     elok dipilih sama seorang.

Bermaksud :

Keburukan, kerugian atau kesusahan hendak ditanggung bersama-sama, tetapi kelabaan atau keuntungan dimakan seorang diri.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Ribu-ribu ditanggung angit, Jatuh mari di atas batu; Meskipun seribu bintang di langit, Tidak menyama adik yang satu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Langit cerah langit mendung, Bunga segar kembang melati; Sakit dirasa sakit ditanggung, Hanya sabar menenang hati.Pantun Melayu SarawakAgama
Naik bukit meraut nibung, Buat perangkap musang jebat; Penyakit lain boleh ditanggung, Penyakit rindu tak ada ubat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau tuan pergi ke Kancung, Ambilkan saya papan biola; Makan minum boleh ditanggung, Sakit pening siapa nak bela.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Remuk redam kapal di tanjung, Habis pecah diamuk badak; Rindu dendam sama ditanggung, Hendak menangis bukan budak.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilir rakit bawa berenang, Hanyut dari tanah seberang; Bagaimana penyakit mahu hilang, Sakit ditanggung makan tak pantang.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Benih bertabur di atas tanah, Bunga rampai bunga melati; Rosak binasa kerana fitnah, Dosa ditanggung sampai ke mati.Pantun Melayu SarawakAgama
Tanam lada tepi perigi, Tumbuh rumput dengan sendayan; Jangan menyenda sekehendak hati, Takut sesal ditanggung kemudian.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Jangan disingkap tabir luanga, Raden Galuh bersila panggung; Jangan diturut hati dahaga, Sopan didapat malu ditanggung.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila maharaja diam di hutan, Tebu dan jagung rosak binasa; Lama ditinggal wajah tuan, Rindu ditanggung setiap masa.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas