Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dituntut

Puisi
 

Apalah guna pakai kasut,
     Duri apa lekat di kaki;
Apalah guna ilmu dituntut,
     Jika tidak berani mati.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Banyaklah temu dicabut orang, Temu berjalin batangnya rapat; Banyaklah ilmu dituntut orang, Ilmu pemimpin jarang didapat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Andainya sagu sudah diparut, Tentu berguna bekal berjalan; Andainya ilmu sudah dituntut, Baru berguna hila diamalkan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Semakin banyak tamu dicabut, Semakin terasa tumbuhnya semak; Semakin banyak ilmu dituntut, Semakin terasa bodohnya awak.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa guna memakai kasut, Dilangkah akan betis kiri; Apa guna ilmu dituntut, Kalau tidak membantu diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Andainya sagu terus diparut, Banyaklah bekal ke mana pergi; Andainya ilmu terus dituntut, Banyaklah bekal hidup dan mati.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apalah guna pakai kasut, Duri apa lekat di kaki; Apalah guna ilmu dituntut, Jika tidak berani mati.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Angin barat ombaknya besar, Mahu ke laut berhati-hati; lngin selamat banyak belajar, Ilmu dituntut bekal dicari.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat

Kembali ke atas