Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata diubat

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Ambil badan kerat-kerat,
     Mari letak haluan perahu;
Sakit badan haluan diubat,
     Sakit hati siapa tahu.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Luka di tangan dapat diubat (= tampak berdarah),
     luka di hati siapa tahu?

Bermaksud :

Kesedihan atau kesusahan hanya seorang sajalah yang dapat merasainya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Yang sakit didoakan sembuh, Diubat diurut terus-menerus; Orang buncit awak yang gaduh, Melihat perutnya mahu meletus.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sungguh susah sakit meracau, Diubat orang pakai manisan; Sungguh indah kulit berpanau, Dilihat orang bagaikan lukisan.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Pipit ampat dibilang anam, Terbang tinggi meninggalkan sarang; Sakit diubat mati ditanam, Itulah budi kenangan orang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Padi di sawah belum dibebat, Pokok jati tidakkan tumbuh; Hati luka minta diubat, Merajuk hati tidakkan sembuh.Pantun Melayu SarawakKasih
Lukah dipasang rapat-rapat, Lukah diikat kayu sebelah; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati semakin berdarah.Pantun Melayu SarawakKasih
Sapu tangan punca melikat, Pakaian anak raja Jeddah; Luka di tangan boleh diubat, Luka di hati adakah sudah.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan punca empat, Dimakan api bucu yang satu; Luka tangan boleh diubat, Luka hati hancur lalu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Sapu tangan bersegi empat, Lalu ditinggal batu empat; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa melihat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Mari ditaruh di kocek lipat, Mari ditaruh di kocek baju; Luka di tangan dapat diubat, Luka di hati siapa tahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas