| Cik Dollah mudik berkabung, Hilir-menghilir kuala Rokan; Kalau kalah abang menyabung, Masuk badan ke petas rotan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Awang Dollah pandai meniti, Pandai meniti pandan mengkuang; Kerana tebu semut tak mati, Kerana semut gula terbuang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
| Cik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Kita berdua berjalan malam, Menyidai kain di rumah Encik Dollah; Mabuk arak sehari semalam, Mabuk main apakah sudah? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |