Yang ada sudah dihimbau, Niat berdoa menolak bala; Orang duda suka mengingat, Teringat janda ditalak tiga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda memakan dedak, Datang balam duduk berjaga; Awak duda gilakan talak, Siang malam mengintai janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang lari kijang, Yang dipelelah rusa; Yang dicari bujang, Yang menyerah duda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
ang dipakai parang, Yang terbawa gada; Yang diintai bujang, Yang bersua duda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang berkuda biar berkuda, Untung kuda dapat berbaris; Orang menduda biar menduda, Untung duda dapat gadis, | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gelombang memecah di Kuala Muda, Orang Ferenggi berlari-lari; Banyak mangsa balu dan duda, Mencari tempat membawa diri. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Jerat dipasang hari pun terang, Hendak pulang badan pun letih; Niat memang mencari bujang, Tak ada bujang duda pun boleh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |