Halia ini halia tanaman, Tempat hiris bintang berlenguh; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat juga tempat yang sungguh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Buah ini buah berangan, Masak dibungkus sapu tangan; Dunia ini dunia pinjaman, Akhirat kelak kampung halaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Di zaman sekarang bermotor sangkut, Singgah sebentar rumah pak imam; Sebab adik tak mahu ikut, Dunia ini dunia pinjaman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selagi dunia nampak dipandang, Buat amal sehari-hari; Mana yang masam sukat gantang, Mana yang manis kukira biji. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Zaman kini dunia terbalik, Bertukar faham sudah biasa; Dengan laki bersangka baik, Keluar malam biarlah saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Minyak naik harga, Ikut pasaran dunia; Banyak tak terduga, Miskin terus teraniaya. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Kata tua kata berilmu, llmu dunia serta akhirat; Hina bangsa tiada bermalu, Malu punah tibalah laknat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Kata adat membawa hikmah, Hikmah hidup dunia akhirat; Lupa adat kerja menyalah, Salah hidup binasalah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Taat umat kepada Allah, Hidup terpuji dunia akhirat; Kuat adat mulia maruah, Hidup mati membawa manfaat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tegak adat syarak berdiri, Hidup selamat dunia akhirat; Rosak adat rosaklah negeri, Hidup sesat sengsara umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |