Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ®helang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : helang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elang

Puisi
 

Ayam-ayam tersipi-sipi,
     Sambar dek elang tercungap-cungap;
Tidur malam termimpi-mimpi,
     Tidur siang teringat-ingat.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Cerdik elang,
     bingung sikikih;
lamun murai terkecoh juga.

Bermaksud :

Biarpun cerdik atau bodoh orang besar-besar itu tetapi orang kecil-kecil juga yang selalu menanggung rugi. sikikih = sebangsa enggang, kecil sedikit.

 

Lihat selanjutnya...(17)


Pantun

PantunSumberTema
Elang elok kaki pelanduk, Hilang lalu dipatah dua; Janganlah pandai menganuk, Lambat laun terdengar jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak elang mati terkejut, Hilang campak ke dalam paya; Awaklah sayang hati terpaut, Orang menolak apalah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak elang terbang rendah, Tertumbuk dahan patahlah paruh; Awak sayang orang meludah, Elok dibawa berjalan jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak elang terbangnya pagi, Sesudah maghrib barulah pulang; Awak sayang orang membenci, Daripada aib biarlah hilang. null null null nullKhazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Elok sungguh elang menari, Melompat-lompat di dahan kayu; Elok sungguh abang ke mari, Dapat mengubat hati yang rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Ayam-ayam tersipi-sipi, Sambar dek elang tercungap-cungap; Tidur malam termimpi-mimpi, Tidur siang teringat-ingat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas