Emak! Emak! Mintaku lada, Hendak menyayur pisang tumbang; Emak! Emak! Mintaku janda, Janda ada beranak seorang. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Emak! Emak! Anyam raga, Nak mengisi si raga inai; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda menuai. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Emak! Emak! Anyam ke raga, Nak mengisi telur merbah; Emak! Emak! Hantar ke paya, Saya nak tengok janda mengubah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ya ya kucing di rakit, Kucing makan jeruk belimbing; Emak! Emak! Tunangku sakit, Mari intai balik dinding. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Nguak-nguak kerbau di padang, Kerbau seekor kutarik ke huma; Emak! Emak! Tunangku datang, Bentang tikar tabur bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ikan puyu lemak, Masak kuah lada; Intan rangkul emak, Buah hati emak juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Zaman emak mudik ke hulu, Ikan kekek makanan biawak; Zaman emak menjahit baju, Lekat sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Masa emak mudik ke hulu, Buat sunting bunga kenerak; Masa emak buat baju, Bubuh sikit bawah ketiak. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Patuh Melayu kepada emak, Dari kecil ia besarkan; Senonoh laku mulia akhlak, Hari yang batil ia hindarkan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat; | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |