Susahlah hati anak pepuyu, Kepala nyeri perasaan takut; Susahlah hati hendak merayu, Ke mana pergi emaknya ikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak ikan jangan digoreng, Kalau digoreng pecah lemaknya; Anak orang jangan dijeling, Kalau dijeling marah emaknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Anak ikan jangan digoreng, Kalau digoreng hilang lemaknya; Anak orang jangan dijeling, Kalau dijeling marah emaknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Lembut lemak sisi bemban, Terendak ikan letak di paya; Lemak lemah sirih digenggam, Hendak diunjuk emaknya ada. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak udang jangan digoreng, Kalau digoreng hilang lemaknya; Anak orang jangan dibiring, Kalau dibiring marah emaknya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Aku tak suka berumah tinggi, Tiang bertakuk bendul bertarah; Aku tak suka beranak tiri, Anak dikatuk emaknya marah. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |