Menumbuk emping kita dahulu, Buat pengisi katang-katang; Duduk bersanding kita dahulu, Sambil menunggu kadi datang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Tumbuk emping padi melayang, Padi datang dari seberang; Bagaimana kami nak sayang, Kasih sudah diambil orang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Saya tahu emping basi, Orang mengail di dalam kali; Saya tahu dia benci, Saja tidak sedarkan diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau selalu menumbuk emping, Sekali-skali kenalah tangan; Kalau selalu duduk merunsing, Sekali-sekali kena petangan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Susahlah hati menumbuk emping, Dedaknya miang banyak berantah; Susahlah hati duduk bersanding, Anaknya dipinang emak yang nikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Saya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selayak burung di rimba, Padi emping tiga tangkai; Ikutkan layak badan dah tua, Nak mati bertindih bangkai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam padi setangkai lebat, Untuk membuat emping di ladang; Dalam hati kusimpai niat, Untuk menyunting adik seorang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Ke mana lagi membawa ketupat, Orang ke hulu membawa emping; Ke mana lagi hamba menepat, Orang kurindu sudah berpaling. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |