[e.nau] | اناو
Definisi : sj tumbuhan (pokok), aren, kabung, Arenga saccharifera; ~ memanjat (mencari) sigai prb perempuan mendapatkan (mencari) lelaki; ~ sebatang dua sigainya prb a) satu pekerjaan dua orang ketuanya, tentu tidak baik jadinya; b) seorang perempuan yg menduakan suami; bagai ~ dlm belukar, melepaskan pucuk masing-masing prb tidak semuafakat dlm sesuatu perbincangan, hanya berpegang pd pendapat masing-masing sahaja; mati ~ tinggal di rimba prb jika orang hina mati, namanya tidak akan disebut-sebut orang lagi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[e.nau] | اناو
Definisi : nama sj palma; kabung, Arenga saccharifera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)