Encik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Encik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan; Sekalian bisa lagi kubuang, Inikan pula bisa di badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Encik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Encik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan? | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Encik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Encik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Encik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Encik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Encik Mamat memetik lada, Tetak daun di rumah tinggal; Kalau terkena hikmatnya janda, Tujuh tahun sembahyang tinggal. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |