Banyak padi di dalam raga, Sudah dikisar tampi-tampikan; Hati orang engkau jaga, Bonda sendiri engkau ketepikan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Putus bersambung engkau bayam, Pandan tidak berduri lagi; Putus bersambung engkau malam, Badan bercerai tidak lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Esok berbunga engkau keduduk, Berbunga sekali berganding buah; Esok berguna engkau tanduk, Guna menyendi gading bertuah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Ambil perpat buatkan titi, Ambil kapak belahkan kundur; Berempat engkau menanti, Setapak haram aku tak undur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kencang-kencang angin timur, Belayar tanah seberang; Panjang-panjang engkau umur, Akan pembalas budi Si Dayang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Jangan berpucuk sayur bayam, Boleh dimakan dengan keladi; Jangan berkokok engkau ayam, Boleh diupah segantang padi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak Cina pulang ke China, Sampai ke China menjual ragi; Engkau punya aku pun punya, Sama sekerat kita berbahagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |