Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.jar] | فجر

Definisi : 1. dinihari, subuh; ~ sidik dinihari benar, menjelang pagi; 2. cahaya kemerah-merahan di langit timur menjelang matahari terbit; ~ menyingsing (merekah) mulai pagi hari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.jar] | فجر

Definisi : cahaya kemerah-merahan di langit sebelah timur sebelum matahari terbit. ~ menyingsing hari mula siang; terbit fajar. ~ sidik fajar yg menunjukkan masuk waktu subuh. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fajar

Puisi
 

Nampak fajar di Selat Sunda,
     Waktu pagi ayam berkokok;
Hijau jangan disangka muda,
     Sudah lama masak di pokok.


Lihat selanjutnya...(4)

Pantun

PantunSumberTema
Terang hari disinar fajar, Terang fajar sampai ke senja; Takkan lari gunung dikejar, Hilang kabus nampaklah dia.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Fajar subuh sudahlah terbit, Tanda hari menjelang siang; Terbakar tubuh dadaku sakit, Adinda kini dipinang orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Nampak fajar di Selat Sunda, Waktu pagi ayam berkokok; Hijau jangan disangka muda, Sudah lama masak di pokok.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Hari hampir sudah siang, Fajar di hulu sudah benderang; Aku duduk di Muha Lawang, Makin bertambah hatiku pusang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ayam ditambat juragan Mamat, Terbang lari waktu fajar; Biarlah lambat asal selamat, Tidak lari gunung dikejar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa

Kembali ke atas