Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fikiran

Puisi
 

Besok hari selasa,
     Lusa hari Rabu;
Kalau buat kerja tak dapat rasa,
     Fikiran kita langsung tak tentu.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Leka senantiasa di lipatan sanggul;
     fikiran singkat akal pun tumpul.

Bermaksud :

Gilakan seorang perempuan sehingga lupa akan makan dan minum.

 

Lihat selanjutnya...(17)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Orang beradat fikiran panjang, Sebelum bertindak ditimbang dulu; Membuang adat jalan menyimpang, Hukum rosak hilanglah malu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang beradat mukanya jernih, Hati lapang fikiran luas; Membuang adat bala yang boleh, Mati terbuang hidup melengas.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Besok hari Rabu, Lusa hari Khamis; Fikiran kita tidak tentu, Hati kita bengis.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Lagu-lagu Melayu, Masuk era baru; Jangan asyik merayu, Fikiran jadi celaru.Pantun Melayu SarawakNasihat
Zaman katak di bawah tempurung, Langit tinggi dipandang rendah; Fikiran kemak laki pun pesung, Setiap hari terang berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Belilah galah untuk penjolok, Supaya senang mengambil pauh; Hatiku gundah fikiran suntuk, Kerana abanglah pergi jauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Zaman silam zaman beradat, Kini adat dilupakan orang; Siang malam fikiran tumpat, Binilah berat mentua pulang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sifat muda suka berjalan, Hilir mudik mencari rezeki; Adat dijaga sempurna iman, Fikiran baik diri terpuji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau tanduk menjadi gading, Ambillah sirih dengan gagang; Kalau duduk dalam berunding, Fikiran jernih dada pun lapang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Besok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
12

Kembali ke atas