Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1. anak perempuan yg sudah baligh (sudah boleh berkahwin), anak dara: pemuda itu berasa gelisah kerana ditinggalkan berdua sahaja dgn seorang ~; 2. masih perawan, belum disetubuhi (dicemari laki-laki): walaupun sudah lama bergaul mesra dgn laki-laki ia masih tetap ~; sudah hilang ~nya bukan anak dara lagi; 3. Id tidak pernah beranak atau bertelur (binatang), dara: ayam ~; kuda ~;~ besar gadis yg berumur kira-kira 18 tahun; ~ kecil gadis muda yg berumur kira-kira 13 tahun; ~ sunti anak dara kecil yg belum baligh; ~ tanggung gadis yg sedang besarnya; ~ tua perawan yg sudah tua; bagai ~ julung bersubang prb angkuh atau terlalu gembira (kerana mewah, keturunan diraja, dll); bagai ~ julung menumbuk prb rajin kerana baru sahaja mengerjakan sesuatu pekerjaan; spt ~ sudah berlaki prb anak dara yg kelakuannya kurang sopan (mencarut, mencuri, dll);bergadis masih perawan; tidak ~ tidak perawan lagi; menggadis masih tetap anak dara, belum mahu berkahwin; kegadisan perihal gadis, kedaraan, keperawanan: meskipun digoda oleh pemuda sebaya, ~ mereka tetap terpelihara;kegadis-gadisan bertingkah laku sbg gadis. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : ; kayu ~ sj tumbuhan (pokok), Cinnamomum parthenoxylon. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.dis] | ݢاديس

Definisi : 1 anak perempuan yg sudah boleh berkahwin; anak dara: Muka ~ itu ditenungnya tepat-tepat. 2 anak perempuan yg belum berkahwin dan masih suci atau masih ada daranya: Walaupun umurnya sudah 35 tahun, tetapi ia masih ~. ~ besar anak perempuan yg berumur kira-kira 18 tahun. ~ kecil anak perempuan yg berumur kira-kira 13 tahun. ~ sunti anak perempuan yg belum baligh. ~ tua anak perempuan yg sudah tua dan belum berkahwin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gadis

Puisi
 

Ayam putih manuk siapa,
     Gadis Melaka atas bumbungan;
Tubuhlah putih anak siapa;
     Manislah mata si peruntungan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti gadis sudah berlaki.

Bermaksud :

Anak perawan yang pemalas dan pengotor.

 

Lihat selanjutnya...(26)


Pantun

PantunSumberTema
Maksud hati mengindang kandis, Kandis tak dapat lada pun jadi; Maksud hati meminang gadis, Gadis tak dapat janda pun jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Gadis Minah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah menguat nyanyi, Nyanyiku salah bergusal jangan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Jerat dipasang sekali habis, Bila tak habis senjalah hari; Niat memang mencari gadis, Tak ada gadis janda pun jadi.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan.Pantun Melayu SarawakNasihat
Ayam putih manuk siapa, Gadis Melaka atas bumbungan; Tubuhlah putih anak siapa; Manislah mata si peruntungan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka.Pantun Melayu SarawakBudi Rampaian
Si cantik manis berbaju sari, Pakaian terbilang gadis rupawan; Nasi ditelan serasa duri, Keluargaku hilang dalam dakapan.Pantun Melayu SarawakKasih
Yang diminta bilis, Yang dapat lada; Yang dicinta gadis, Yang dapat janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Yang direndang bilis, Yang masak lada; Yang dipinang gadis, Yang terbawa janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
123

Kembali ke atas