Maksud hati mengindang kandis, Kandis tak dapat lada pun jadi; Maksud hati meminang gadis, Gadis tak dapat janda pun jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Jerat dipasang sekali habis, Bila tak habis senjalah hari; Niat memang mencari gadis, Tak ada gadis janda pun jadi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gadis Minah mengepal nasi, Nasi mentah dikepal jangan; Bismillah menguat nyanyi, Nyanyiku salah bergusal jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Yang gadis suka berbedak, Bedak menambah bersih wajahnya; Orang bengis suka membentak, Terbentak mentua putih mukanya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Matahari naik baru menyidai, Gadis ayu menyalai ikan, Mencari kawan biarlah pandai, Biar tersemai segala kebaikan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ayam putih manuk siapa, Gadis Melaka atas bumbungan; Tubuhlah putih anak siapa; Manislah mata si peruntungan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Dalam pasu air susu, Buat gadis mencuci muka; Banyak tiru banyak palsu, Mulut manis hati bercuka. | Pantun Melayu Sarawak | Budi Rampaian |
Si cantik manis berbaju sari, Pakaian terbilang gadis rupawan; Nasi ditelan serasa duri, Keluargaku hilang dalam dakapan. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Yang diminta bilis, Yang dapat lada; Yang dicinta gadis, Yang dapat janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Yang direndang bilis, Yang masak lada; Yang dipinang gadis, Yang terbawa janda. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |