Gagak terbang menyusur rimba, Beruk di hutan tergaru-garu; Hendak meminang umurlah tua, Bongkoklah badan menahan rindu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Gagak hinggap di dahan kayu, Suaranya kuat dahan bergetar; Hendak bercakap lidahku kelu, Hendak mengurat tangan gementar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Gagak terbang dua kali lapan, Hinggap di pohon malim dewah; Harap tuan saya tak makan, Nasi disuap pinggan pecah. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gagak di hulu gagak di hilir, Mari hinggap di hujung tanjung; Hendak di hulu hendak di hilir, Badan mana hendak menanggung. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbangnya senja. Sudah senja balik ke sarang; Awak hendak orang tak suka, Muka siapa akan kupandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbangnya petang, Bulu berserak dipukul ribut; Awak hendak orang membelakang, Malunya tidak boleh disebut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbang keliling, Sehingga lupa mencari makan; Awak hendak orang berpaling, Ke mana muka kan dihadapkan. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbang meninggi, Bila penat hingga di dahan; Awak hendak orang tak sudi, Bila diingat binasa badan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak gagak terbang ke hulu, Hari malam hinggap berteduh; Awak hendak orang tak mahu, Hati di dalam hancur luluh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Burung gagak tepi pagar, Cik Salleh orang berbudi; Ada juga kudengar khabar, Ombak bertepuk di tepi pantai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |