Adat berbual pantang menjual, Adat bercakap pantanglah gagap; Adat beramal pantang membingal, Adat berkitab pantang menyelap. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Anak cercap jatuh ke kali, Dibawa arus mati terbuntang; Awak gagap disuruh mangaji, Membaca sebaris hari pun petang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Suluh puntung arang berasap, Asap melimpah ke luar negeri; Sungguh beruntung orang gagap, Bercakap sepatah habis sehari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Sampan kotak kemudinya kompot, Layar ditancap laju bertambah; Nafas sesak hati pun hanyut, Mendengar si gagap memberi ceramah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |