Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : kayu yg harum (berasal drpd pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis);~ badak sj tumbuhan (pokok renek), gembadak, sepucat, Phyllochlamys wallichii; ~ dibakar kemenyan berbau prb orang yg menunjukkan kelebihannya supaya dipercayai orang; spt buku ~ prb memperlihatkan kecekapan apabila tiba masanya; sudah ~ cendana pula (sudah tahu bertanya pula) prb orang yg berlagak tidak tahu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.ha.ru] | ݢهارو

Definisi : , = kayu ~ kayu yg harum baunya yg biasanya diperoleh dr pokok tengkaras, Aquilaria malaccensis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gaharu

Puisi
 

Sungguh harum bau gaharu,
     Tidak samalah dengan cendana;
Sungguh banyak orang yang baru,
     Tidaklah sama orang yang lama.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Sukakan gaharu kerana baunya,
     sukakan guru kerana ilmunya.

Bermaksud :

Sukakan kepada sesuatu itu kerana faedah yang dapat diperoleh daripadanya.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan gaharu tumbuh sebatang, Dijual orang berkati-kati; Bukan tak tahu kekasih orang, Cinta bersemadi di dalam hati.Pantun Melayu SarawakKasih
Rakit kami rakit gaharu, Di sana diam mahajara sakti; Sakit kami sakit merayu, Rindu dendam dibawa mati.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau tiada kayu gaharu, Hampas tebu jadi berbau; Sudahlah adat kita Melayu, Tak boleh dekat belum bersatu.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Sungguh harum bau gaharu, Tidak samalah dengan cendana; Sungguh banyak orang yang baru, Tidaklah sama orang yang lama.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak Arab lalu sekawan, Singgah berhenti pohon gaharu; Jangan harap cahaya bulan, Bulan tidak terang selalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Cari galah kayu di hutan, Singgah menetak cendana gaharu; Minta doa mudah-mudahan, Boleh rezeki datang selalu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Cik Dollah mudik bergalah, Hendak mencari si batang gaharu; Duduk salah berdiri pun salah, Nasi kutelan rasa hempedu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apabila ke hulu mencari rotan, Ke hilir pula mencari gaharu; Apabila selalu mencari lawan, Akhirnya semua menjadi seteru.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Encik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
12

Kembali ke atas