Kalaulah tentu galak akarnya, Terbanglah lakum sependek-pendeknya; Kalaulah tentu salah benarnya, Timbanglah laku sebaik-baiknya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Daun serbat di dalam padi, Daun selasih daun semulih; Tidak galak di dalam hati, Mari kita bertambat kasih. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Landak makan buah salak, Kumat lumat dengan bijinya; Api neraka kalau tak galak, Umat belum takut dirinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Mengapa kaki jadi melepuh, Kaki terinjak ke bara panas; Mengapa laki lari menjauh, Bininya galak mentua ganas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Hulur dayung tarik dayung, Papat rumput sama ratanya; Tuan pulang berkembang payung, Kami tinggal galak rasanya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ayam putih berkokok lalu, Daun serbat di dalam padi; Adik putih alang gemalu, Tidak galak di dalam hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Waktu hujan awan pun gelap, Suntuk langkah dada pun kemak; Mahu berjalan badan berkurap, Duduk di rumah mentua galak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |