Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : 1. suka atau lekas menyerang dsb (apabila marah dsb), bengis, galak: anjing itu cukup ~; guru yg ~ menakutkan murid; 2. Mn suka, gemar; ~ makan kuat makan; 3. kencang (bkn angin dll), hebat: angin bukit tiba-tiba bertiup ~; 4. terang dan bercahaya (bkn warna), sangat cerah: kalau dulu orang gemar cara mekap yg natural, dlm tahun 1983 penggunaan warna yg ~ muncul pula;menggarang 1. menjadi garang (bkn anjing dll), membuas, mengganas, menggalak; 2. = menggarangkan memberanikan, mengganaskan; menggarangkan 1. menjadikan garang, memberanikan, mengganaskan, menggalakkan; 2. menjadikan (kelihatan) terang dan bercahaya, menjadikan (warna) sangat cerah: warna-warna tersebut saling bersatu hingga dapat melembutkan atau ~ warna-warna yg bersebelahan;kegarangan perihal garang: lambang api jelas membawa suasana ~ dan kegigihan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : Jw; menggarang memanggang, memanaskan (mengeringkan di atas api): ~ tembakau;garangan; tembakau ~ tembakau yg dikeringkan dgn diganggang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : ; garangan Mn ®gerangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ga.rang] | ݢارڠ

Definisi : 1 suka menyerang serta dgn buasnya: Di rumahnya, ada seekor anjing yg sangat ~. 2 suka marah-marah dgn bengisnya: Emak Si Ali itu sangat ~ orangnya. 3 terang serta bercahaya (ttg warna): Bunga-bunga yg ~ warnanya ini menarik perhatian burung yg berterbangan di angkasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata garang

Puisi
 

Ketok-ketok harimau garang,
     Keling pandai cakap Jawa;
Harimau batuk buaya mengerang,
     Kucing di rumah sakit kepala.


Lihat selanjutnya...(26)
Peribahasa

Rupa harimau hati tikus.

Bermaksud :

Rupa saja yang hebat dan garang, tetapi pengecut.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Apa benda tepi pagar, Ular hitam nampak melingkar; Garang-garang rimau akar, Lebih-lebih pun baru dia cakar.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Kerana bayan bertambah garang, Banyaklah pungguk jadi berdendam; Kerana hutan dirambah orang, Banyaklah beruk tak tidur malam.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ketok-ketok harimau garang, Keling pandai cakap Jawa; Harimau batuk buaya mengerang, Kucing di rumah sakit kepala.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Senggarang Batu Pahat, Emak garang bapa jahat;Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Anak kucing dalam raga, Ibunya pula terlalu garang; Songket di gedung ada harga, Jarang-jarang dipakai orang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Saya takut kerbau di ladang, Yang muda garang sekali; Saya takut jalan seorang, Badan muda langsung sekali.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak beruk memaki tikus, Bulu berdiri muka pun garang; Awak gemuk berbini kurus, Sayulah hati orang memandang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Ambil parang cuba dikerat, Ekornya pendek putus sekerat; Harimau garang dapat dijerat, Mulut ternganga dihurung lalat.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ada rumah tidak berpintu, Ada pintu tidak bertingkap; Rimau garang memang begitu, Mengaum saja tidak menangkap.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
1234

Kembali ke atas