Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelak

Puisi
 

Layar bertangkup Malimku tidur,
     Dibanguni oleh Tengali;
Gelak rasaku akan mengundur,
     Air mata terasa kumandi.


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Gelak tersenyum burung jelatik, Nampak serindit membeli rebung; Hendak mencium hidungnya pesek, Hendak menggigit gigilah ompong.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Gelak tertawa ganti-berganti, Sehari penuh tiada penat; Membuka mata menerangi hati, Menjadi suluh dunia akhirat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak tertawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat, Membuka mata menerangi hati.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Makan kenyang terasa nikmat, Gelak Ketawa ganti-berganti; Membilang undang mengaji adat. Membuka mata menerangi hatiKhazanah Pantun Melayu RiauAdat
Beras basah mari taburkan, Pengantin diarak gelak ketawa; Puas sudah hamba hiburkan, Hati rindu terkenang jua.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Waktu siang bermain galah. Kalau teruk dibawa gelak; Baru datang kain tersimbah, Dibawa duduk bertambah koyak.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Layar bertangkup Malimku tidur, Dibanguni oleh Tengali; Gelak rasaku akan mengundur, Air mata terasa kumandi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bila berjalan tegak beramai, Tidakkan letak berjalan jauh; Apabila puan gelak berderai, Bumi kuinjak rasakan runtuh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mari dikait sarang tempua, Anak tiung pandai meniti; Hamba duduk gelak ketawa, Untuk mencari penghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Limau manis di tepi hutan, Tanaman anak batang nila; Hitam manis gelak bersetan, Itu membuat hatiku gila.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
123

Kembali ke atas