Untuk tumpuan batang gelegar, Supaya rumah tiada bergoyang; Untuk menentukan salah dan benar, Supaya langkah tiada menyilang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sedap sungguhbunga gatang, Jangan diletak atas gelegar; Bukanlah datang sebarang datang, Datang membawa hajat yang besar. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Terbilang kayu kerana kuatnya, Kuatnya dapat dibuat gelegar; Terbilang Melayu kerana adatnya, Adatnya dapat tempat bersandar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Untuk apa memasang belebat, Untuk tumpuan batang gelegar; Untuk apa membilang adat, Untuk menentukan salah dan benar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Orang desa mengorek liang, Dalamnya itu tiada beranggar; Besar pasak dari tiang, Besar sendal dari gelegar. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |