Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenang (hati), tidak tenteram, tidak sabar (menanti dll), risau: hari sudah jauh malam, perempuan itu ~ memikirkan hal anaknya yg belum pulang lagi; resah ~ sangat gelisah;menggelisah berlaku (bertindak) gelisah, berada dlm keadaan gelisah: ia duduk salah, berdiri tidak kena, ke sana ke mari ~; menggelisahkan menimbulkan atau menyebabkan rasa gelisah, mencemaskan, merunsingkan: keluarnya Singapura drpd Malaysia ~ sebahagian besar penduduk di Malaysia;kegelisahan perihal gelisah, perasaan gelisah: inilah punca penderitaan dan ~ jiwa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.li.sah] | ݢليسه

Definisi : tidak tenteram hatinya; selalu berasa khuatir; tidak sabar menunggu dsb: Raja dan pengiringnya yg menunggu di luar berasa ~ kerana pemuda itu belum balik-balik lagi. menggelisah berada dlm keadaan gelisah; berasa gelisah: Pak Saleh ~ kerana makanannya belum juga dihantar. menggelisahkan menimbulkan rasa gelisah; menyebabkan berasa gelisah: Tentu ada sesuatu hal yg ~nya. kegelisahan hal atau keadaan gelisah; perasaan gelisah; kekhuatiran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelisah

Puisi
 

Bunga dedap lebat di dahan,
     Bila kembang warnanya merah;
Kalau cinta menjerat badan,
     Hati juga selalu gelisah.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Terpijak bara hangat.

Bermaksud :

Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

PantunSumberTema
Adat Melayu pantang mendengki, Orang pendengki hidup gelisah; Jahatlah laku orang pengeji, Orang pengeji dikutuk Allah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalaulah cukup membawa bekal, Ke mana berjalan tiada gelisah; Kalaulah hidup sempurna akal, Di mana berkawan hatinya rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Belilah galah barang sebatang, Supaya mudah menjemur kain; Hati gelisah abang tak datang, Apakah pindah pada yang lain.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Badik diasah berulang kali, Untung berperang melawan musuh; Adik gelisah mengenang janji, Ku tengok abang kian menjauh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kain putih masih basuh, Letak jangan tempat beradu; Kelau berkasih resah gelisah, Tidak terasa manisnya madu.Pantun Melayu SarawakKasih
Bagaimana periuk takkan tumpah, Bila apinya terlalulah besar; Bagaimana duduk takkan gelisah, Bila hatinya tak tahu bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Asap api dari penanggah, Tempat memasak nasi gulai; Tiap hari hati gelisah, Surat kukirim tidak sampai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Susah menyesah kain basah, Rama-rama terbang ke mari, Usah resah usah gelisah, Sama-sama jatikan diri.Pantun Melayu SarawakSetia Bangsa
Belilah lampu untuk pelita, Supaya rumah menjadi terang; Hatiku pilu dimasuk cinta, Kerana gelisah menanti abang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Siang malam memotong kayu, Naik ke rumah badan pun letih; Abang dendam menanggung rindu, Adik gelisah menahan sedih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas