Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gelombang;

Puisi
 

Angin barat gelombang timur,
     Ombak memecah di atas tangga;
Tuan di barat kami di timur,
     Panas bersama datang menganga.


Lihat selanjutnya...(17)
Peribahasa

Besar kapal besar gelombang.

Bermaksud :

Makin tinggi pangkat atau makin besar perniagaannya, makin banyak pula tanggungjawabnya.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Pantun

PantunSumberTema
Gelombang memecah di Kuala Muda, Orang Ferenggi berlari-lari; Banyak mangsa balu dan duda, Mencari tempat membawa diri.Pantun Melayu SarawakAgama
Bertepuk gelombang sampan, Singgah ke tajuk gagang sirih; Duduk selapik sedaun makan, Hati di dalamlah berselisih.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Angin barat gelombang barat, Deru ombak bukan kepalang; Ingin selamat pegang amanat, Bila tidak hidupkan malang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Angin barat gelombang timur, Ombak memecah di atas tangga; Tuan di barat kami di timur, Panas bersama datang menganga.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Angin timur gelombang barat, Angin merebah buah pedada; Seorang di timur seorang di barat, Rasa pecah dalam dada.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Gayah menukang pari, Patah tambak gelombang satu; Bukan senang ambo ke mari, Sepok dek ombak gelombang satu.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Lumba-lumba main gelombang, Riak sampai Kuala Linggi; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Lumba-lumba bermain gelombang, Cuaca redup tengah hari; Cuba-cuba menanam mumbang, Kalau hidup tuah negeri.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Apa gunanya naik perahu, Bila gelombang tidak reda; Apa gunanya adik menunggu, Bila abang tidak setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Pasang ombak di laut tinggi, Gelombang macam di Tanjung Puri; Jika abang berjiwa tinggi, Jika sungguh menyerah diri.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
123

Kembali ke atas