Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ge.ro.da] | ݢرودا

Definisi : sj burung dlm sastera lama, burung rajawali besar, helang besar (kenaikan Visynu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ge.ro.da] | ݢرودا

Definisi : nama sj burung yg besar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata geroda

Puisi
 

Mengkudu masak sepanggal,
     Dimakan burung geroda;
Dayang duduk sepanggal,
     Ekor matanya ke mari juga.


Lihat selanjutnya...(3)

Pantun

PantunSumberTema
Anak geroda meninggi hari, Mati ditembak di dalam buai; Banyak muda dapat dicari, Gelak di manakan sesuai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rendah geroda menggaris awan, Turun ke laut menyelam diri; Seksa sangat hajat tuan, Macam kudaki gunung yang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Patahlah sayap burung geroda, Mahu terbang terasa sakit; Apalah diharap kepada hamba, Ilmu kurang hidup pun sempit.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Terbang tempua membumbung tinggi, Terbang geroda melengkok pagar; Orang nan tua dijunjung tinggi, Orang nan muda ditunjuk ajar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengkudu masak sepanggal, Dimakan burung geroda; Dayang duduk sepanggal, Ekor matanya ke mari juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kedemat burung kedamat, Hendak berkawan burung geroda; Kalau badan hendak selamat, Baik berguru ayah dan bonda.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas