Telur murai di atas geta, Benang kerak disimpul pulih; Orang duduk bertindih riba, Jangan diharap katakan boleh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pisau lipat di atas geta, Ilmu jatuh ke padang; Bagai disifat bagai dipeta, Haram tak jemu mata memandang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tudung periuk pandai menari, Dia menari atas geta; Kain buruk campak ke mari, Saya nak menyapu air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Selasih bertambak tidak, Bubuh daun di balik geta; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun berbalik juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Rakit buluh dari seberang, Dulang terletak atas geta; Sakit sungguh kasih seorang, Orang tidak kasihkan kita. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ambil kertas lukis pelamin, Mari pelekat di papan geta; Saya nak pesan kepada angin, Dah angin pun tak boleh berkata. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Kain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pisau pengukur dara randa, Kupas nanas di atas geta; Sudah ukur dengan kakanda, Macam emas dengan permata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Teluk merah di atas talam, Talam terletak di atas geta; Inilah surat berkirim salam, Dakwat bercampur air mata. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |