Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1. bertingkah laku, bersikap dsb spt orang gila, seolah-olah, seakan-akan atau pura-pura gila: ini bukanlah tempat dan masanya utk bergurau dan berperangai ~; watak ~ ini memang susah juga, tetapi ada seronoknya; 2. berbuat dgn sekehendak atau sesuka hati tanpa memikirkan akibat atau kesannya dsb: dia memang suka memandu kereta ~ tanpa memikirkan keselamatan orang lain; 3. melampaui had atau batas yg sepatutnya, berlebih-lebihan, keterlaluan, bukan-bukan: suatu langkah yg berkesan harus diambil segera utk membendung kenaikan harga barang keperluan yg ~ sejak kebelakangan ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[gi.la.gi.la] | ݢيلا٢

Definisi : 1 spt orang gila; seakan-akan gila (tidak senonoh dll). 2 agak gila; gila sedikit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gila-gila

Puisi
 

Tidak gula dibuat gula,
     Hanyut kiambang berangkai-rangkai;
Tidak gila dibuat gila,
     Bulan mengambang rasa nak capai.


Lihat selanjutnya...(49)
Peribahasa

Bagai cacing gila.

Bermaksud :

Perempuan yang suka berpergian, bertandang dan sebagainya. cacing gila = cacing yang berputar-putar bila disentuh.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan nyala sembarang nyala, Nyala berlesau terbakar duri; Bukan gila sembarang gila, Gila sasau tak sedar diri.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Timba-timba dicebok jangan, Takut dapat puyu saja; Gila-gila mabuk jangan, Takut dapat malu sahaja.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Mengapa orang pergi menjala, Menjala sepat sekali belum; Mengapa abang menjadi gila, Gila melihat adik tersenyum.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tidak nila dibuat nila, Ikan terbuang di bawah lantai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang hendak dicapai.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Sungguh elok merentang jala, Merentang jala tak ada basahnya; Sungguh elok orang nan gila, Orang gila tak ada susahnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Kata tua kata berpucuk, Pucuk berpunca pada agama; Hina bangsa gila kemaruk, Kemaruk harta gila dunia.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak kokah gila bermain, Dekat gelap barulah pulang; Awak sudah kepala licin, Lalat hinggap jatuh terlentang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bukan gambus gila di pekan, Melagui hendak berpantun; Bukan bagus kami gilakan, Akal dan budi dialu-alukan.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Si gila mengail pari, Kiambang habis dimakan ikan; Gila benar orang itu tadi, Burung terbang diberahikan.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12345678910

Kembali ke atas