Buah macang tergolek-golek, Golek mari atas peti; Sekejap datang sekejap balik, Macam menyuruh anak bini. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sekali pasang timpas, Ikan tergolek-golek; Sekali abang berlepas, Jangan diharap balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Besar perahu orang Tambelan, Muatan sarat tiada golek; Biarpun malu abang tahankan, Asalkan dapat bersama adik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Kalau puting sama bertangkai, Tidakkan bercerai bergolek-golek; Kalau berunding sesama pandai, Gelak berderai timbal balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Batang berangan di tepi rimba, Batang redan bergolek-golek; Abang jangan berhati hiba, Bulan depan datanglah balik. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |