[go.lo.ngan] | ݢولوڠن
Definisi : kumpulan, kelompok: orang Melayu merupakan ~ penduduk yg terbesar di negara ini; ~ bangsa kumpulan bangsa; ~ kata (Lin) kategori kata yg berasaskan fungsi, bentuk atau maknanya, mis kata nama, kata kerja dan kata adjektif; ~ terbesar kelompok manusia (rakyat) yg besar bilangannya; ~ terkecil kelompok manusia (rakyat) yg kecil bilangannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
[go.lo.ngan] | ݢولوڠن
Definisi : himpunan beberapa benda atau orang yg telah digolongkan; kelompok; kumpulan. ~ kata kumpulan kata yg dibahagikan berasaskan fungsi, bentuk atau makna, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)