Ada malangnya membeli gula, Gula lekas dikerumuni semut; Ada malangnya berlaki tua, Bekerja keras nafas pun semput. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tidak gula dibuat gula, Hanyut kiambang berangkai-rangkai; Tidak gila dibuat gila, Bulan mengambang rasa nak capai. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Gula secawan inti baulu, Selasih disaji sarapan pagi; Padamu tuan kunanti selalu, Kasih tidak berbelah bagi. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
Berapa mahal gula putih? Mahal lagi gula jawa; Berapa lama kita berkasih? Biar sama membuang nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Disimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Kata tuan gula kundur, Tumpah tanah di atas papan; Lepas lari jangan undur, Tumpah darah di hadapan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Banyak-banyak gula kuragi, Tidaklah sama bunga paku; Banyak-banyak tempat kupergi, Tidaklah sama si Jongok Batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Manis sungguh gula kabung, Hendak wangi dicampur pandan; Putus tali boleh disambung, Putus kasih merana badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pinggan mangkuk berisi gula, Hendak disimpan semut meradang; Badan bongkok bini menggila, Hendak melawan lututlah goyang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ada untungnya membeli gula, Sekali rasa bagaikan madu; Ada untungnya berlaki tua, Bini dimanja tidur dipangku. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |