Gulai kangkung gulai gumbiling, Sayang kucai berkudut-kudut; Amunku batah tinggal seorang, Kampung usai menjadi kusut. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Gulai lemak atau sempedas, Cukup seukur dengan rempahnya; Damai dunia bala pun lepas, Hidup akur dengan tuahnya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Gulai lobak ikan senangin, Nampak lombong mengail emas; Ombak besar dikacau angin, Ikan di tepi mati lemas. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Gulai umbut pucuk paku, Nasi terletak di muka pintu; Lemah lembut puteri Melayu, Bijak memasak menjahit baju. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Gulai lemak sayur cendawan, Anak udang goreng berlada; Kasih emak sepanjang jalan, Sayang saudara sama berada. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Nasi lemak gulai udang, Tiga dengan gulai pari; Bajunya kot songketnya gadang, Hilang di mata mana nak cari. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Walaupun gulai mulai resan, Kerana lapar dimakan juga; Walaupun perangai bagaikan setan, Kerana pembesar didiamkan saja. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apabila menyenduk gulai, Jangan kuahnya tumpah; Apabila duduk beramal, Jangan suka memfitnah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Nasi kunyit gulai ayam, Mari makan di Batu Melintang; Topi senget jalan malam, Jalan mencari sanggul melintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |