guna komputer maklumat cepat, Serba canggih zaman sekarang; Kata-mengata umpat-mengumpat, Kerja tersangkut masa terbuang. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Guna apa senduduk sebatang, Di tepi jalan dahannya melintang; Saya duduk tuan datang, Bagaikan bulan dipagari bintang. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa guna membeli parang, Kalau besinya sudah berkarat; Apa gunanya menjadi orang, Kalau hatinya melupakan adat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apa guna si padi hampa, Hampa menjadi si hampa layang; Apa ada kepada saya, Bahasa tiada rupa pun kurang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Apa guna pokok pinang, Daun hijau kuning padi; Apa diingat apa dikenang, Gunung dikejar tidakkan lari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa guna kepuk di ladang, Jikalau tidak berisi padi; Kusangka panas sampai ke petang, Rupanya hujan di tengah hari. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa guna buluh betung, Buluh tidak berguna lagi; Bunyi guruh berdentum-dentum, Awan berarak hujan tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Apa guna seguni dedak, Hendak kuhanyut di rakit buluh; Tubuh besar berbininya tidak, Taruh penyakit di dalam tubuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apa guna pisau raut, Raut rotan buat ampaian; Tidak terkail ikan di laut, Walau umpan bersalut intan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Apa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |