Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Adakah anda bermaksud : gun nya,guna nya,guna nya,gun a nya

Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata gunanya

Puisi
 

Apa gunanya pasir sebumbun,
     Kalau tidak setinggi duduk;
Apa guna kasih setahun,
     Kalaulah tidak seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Apakah gunanya kemenyan disimpan sebesar tungku,
     kalau tidak dibakar.

Bermaksud :

Kepandaian hendaklah diajarkan kepada orang lain, kerana kalau disimpan ia akan hilang begitu saja. (Peribahasa lain yang sama makna: Kemenyan sebesar lutut jika tiada dibakar manakan berbau).

 

Lihat selanjutnya...(18)

126

Things past cannot be recalled

Tidak ada gunanya bersedih atas kesilapan atau perkara buruk yang sudah berlaku kerana ia tidak dapat diubah lagi.

Nasi sudah menjadi bubur.

Looking back, I should have listened to my mother's advice. I should not have associated myself with bad guys and get involved in drug abuse. Now, I am facing the consequences, but Things past cannot be recalled .

Mengenang kembali, saya seharusnya mendengar nasihat ibu. Saya tidak sepatutnya bercampur dengan budak jahat dan terjebat dalam penyalahgunaan dadah. Kini, saya menerima padahnya, tetapi apa gunanya saya meratap, nasi sudah menjadi bubur.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(13)

Pantun

PantunSumberTema
Apa gunanya memasang pelita, Kalau tidak dengan sumbunya; Apa guna bermain cinta, Kalau tidak dengan sungguhnya.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa gunanya kuning langsat, Walaupun putih terlalu pucat; Sekali dijeling terloncat-loncat, Tak usah macam si ikan sepat.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Apa gunanya pasir sebumbun, Kalau tidak setinggi duduk; Apa guna kasih setahun, Kalaulah tidak seumur hidup.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya membuang sampah, Bila dekat dengan halaman; Apa gunanya abang bersumpah, Bila berniat jadi mainan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya naik perahu, Bila gelombang tidak reda; Apa gunanya adik menunggu, Bila abang tidak setia.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya orang berburu, Bila tidak membawa anjing; Apa gunanya abang mencumbu, Bila berjalan tidak seiring.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya bertih direndang, Bila tidak dapat dimakan; Apa gunanya berkasih sayang, Bila tegak tiada sepadan.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya bertanam sirih, Bila menyemak halaman rumah; Apa gunanya memendam kasih, Bila awak dipandang rendah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya membuat taji, Bila dibaji terbelah tiang; Apa gunanya mengikat janji, Bila di hati sudah bercabang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Apa gunanya memasang pelita, Kalau tidak untuk penyuluh; Apa gunanya orang bercinta, Kalau tidak niatnya sungguh.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234

Kembali ke atas