Guruh gerah bunyi nobat, Pandan berjemur di sebarang; Leguh-legah mencari ubat, Badan bertemu barulah senang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Guruh berbunyi hari pun petang, Tupai menangis dilanggar sapi; Rusuhlah hati Datuk Lubalang, Misainya habis dicukur bini. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Guruh petir penuba limbat, Pandan berjemur di seberang; Dua tiga mencari ubat, Ubat dapat badanlah hilang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Guruh dan petir penuba limbat, Pandan terjemur lindung bayang; Dua tiga mencari ubat, Badan bertemu nan kok senang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Berdentum guruh di atas papan, Kilatnya sampai di atas bahu; Tujuh syurga di dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Berdentum guruh di papan, Kilat sampai atas batu; Apa masalah dalam badan, Tolong huraikan satu persatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Petir guruh berselang-selang, Kilat menyambar si dahan jati; Cantik sungguh tuan dipandang, Tidak tertahan asyik di hati. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bunyi guruh bandar Rani, Selasih di dalam puan; Saya nak nyuruh tidak berani, Hati berani kepada tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hujan lebat guruh mendayu, Hari petang bertambah senja; Badan penat tubuh pun lesu, Bini garang habislah daya. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Apa sebab guruh di hulu, Itu tanda airnya dalam; Kalau tidak berjanji dahulu, Masakan abang berjalan malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |