Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.dap] | هادڤ

Definisi : 1. bahagian sebelah muka, muka, depan: wang tembaga zaman dahulu sama sahaja ~ belakangnya; seratus penjajap di kanan, seratus penjajap di kiri, seratus penjajap di ~, seratus penjajap di belakang; 2. arah atau hala tujuan; hidupnya sekarang satu ~ sahaja hidupnya menuju satu tujuan (jurusan) sahaja; tak tentu ~ a) tak tentu arah tujuan; b) tidak berbuat sesuatu apa pun; semua pendapat mereka satu ~ sahaja satu sahaja arah maksudnya; berhadapan 1. = ~ dgn bertentangan (dgn), bersemuka (bertemu muka) dgn: maka ~lah kedua-dua pihak rakyat itu lalu berperang; dia duduk ~ dgn saya; ~ manis mulutnya bila bertemu muka; manis mulutnya; ~ muka bertemu muka; 2. = berhadap-hadapan ber­ten­tangan hadap satu sama lain, berdekatan dan bertentangan: mereka duduk dua baris ~; memuji atau mengeji biarlah dibuat ~; menghadap 1. (bahagian muka atau depan­nya) menghala ke: orang Islam sembahyang ~ kiblat; rumah peranginan itu ~ ke laut; ~ surut melihat ke belakang; 2. datang menemui (raja atau orang besar-besar), menjelang, ada atau sedang berhadapan dgn raja (orang besar-besar): ~ ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong; pd ketika itu baginda sedang di­hadap orang banyak; 3. datang ke (mah­kamah, pejabat, dll): ia diperintahkan ~ ke mahkamah utk memberi keterangan; 4. ditujukan kpd (perbahasan dlm surat kiriman drpd yg muda terhadap yg tua), dialamatkan kpd: ~ ke hadapan ayahanda; menghadapi 1. berada bertentangan (ber­hadapan) dgn, duduk dll dgn muka ke hala sesuatu: di dlm kedai itu duduklah mereka ~ sebuah meja; mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg ditimpa pohon kelapa itu; 2. berjumpa (berhadapan) dgn, bersemuka (dgn): nampak benar takutnya waktu ~ orang banyak itu; 3. menemui atau menem­puh (bencana, bahaya, kesukaran, dll), di­timpa (diancam) oleh, menanggung; ~ per­soalan yg rumit; ~ kesulitan; ~ tuduhan membunuh; ~ maut; 4. melawan, bertanding dgn, menentang: ~ musuh; ~ pasukan lawan; menghadapkan 1. menghalakan, meng­arah­­­kan (sesuatu ke): maka meriam pun di­hadapkan orang arah ke laut; 2. menujukan (pertanyaan, tuduhan, dll): hampir semua yg hadir ~ pertanyaan kpd ahli forum yg kedua sahaja; tuduhan yg dihadapkan ke­pada­nya sangat berat; 3. membawa ke muka (pengadilan, orang yg bertang­gung­jawab, dll), membawa utk dipertemukan dgn: ia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh; 4. memperlawankan, memper­tanding­kan, mempertentangkan: dlm pusing­an pertama, pasukan Malaysia akan di­ hadap­kan dgn pasukan bola sepak dr Negeri Thai; memperhadapkan 1. menjadikan ber­ha­dap-­hadapan, mempertemukan, menye­mu­ka­­kan; 2. mengemukakan (membentang­kan, me­majukan) perkara dll: ~ beberapa ca­dangan kpd ahli-ahli jawatankuasa utk dibahaskan; terhadap 1. berkenaan, mengenai, tentang: pandangannya ~ gadis itu tidak berubah, bagaimana dahulu begitulah sekarang; 2. kepada, akan: cintanya ~ gadis pilihannya sendiri tetap bersemarak dlm dadanya; ia mempunyai rasa perikemanusiaan drpd seorang manusia ~ manusia juga; 3. dihadapkan (ditujukan, dihalakan), tertumpu: hatinya sudah ~ ke Lampung, angan-angannya sudah ke galas; hadapan 1. bahagian sebelah muka, depan (lwn belakang): dia berdiri di ~ saya; pintu ~ rumah itu sentiasa terbuka; ke ~ a) ke depan, ke muka; b) (pd permulaan surat bererti) kepada: ke ~ sahabatku yg diingati; 2. yg akan datang; masa (zaman) ~ masa (zaman) yg akan datang; hadap-hadapan; nasi ~ sajian nasi pulut yg dihidangkan di muka pelamin waktu pe­ngantin sedang bersanding; penghadapan tempat menghadap (raja): Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak; balai ~ ruang tempat mengha­dap raja di dlm istana atau di tempat raja bersemayam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.dap] | هادڤ

Definisi : ; menghadap 1 menghala; me­ngarah: Rumah peranginan itu ~ ke laut. 2 datang menemui atau mengunjungi raja, orang-orang besar dll: Dgn panduan anak Syed Abu, rombongan Abdullah pergi ~ Raja Kampung Laut. 3 ditujukan; dialamatkan (dlm surat kiriman): ~ ke hadapan ayahanda yg dikasihi. meng­­ha­dapi 1 dlm kedudukan yg berten­ta­ngan dgn; menghala ke: Duduklah mereka ~ sebuah meja. Mereka berdiri beramai-ramai ~ runtuhan rumah yg di­timpa pokok kelapa. 2 bertemu muka dgn; bersemuka dgn (orang ramai, musuh dll): Dia berasa takut hendak ~ orang ramai. 3 menemui atau menempuh bahaya, kesukaran dll: ~ tuduhan membunuh; ~ persoalan yg rumit; ~ bahaya. 4 melawan atau menentang (lawan, musuh dsb): berlawan dgn: ~ musuh; ~ pasukan lawan. menghadapkan 1 menghalakan muka atau bahagian depan ke; mengarahkan ke: Semasa bergerak mengelilingi bumi, bulan ~ mukanya hanya sebelah saja ke bumi. 2 membawa ke muka pengadilan (mahkamah): Dia telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan mencuri. terhadap 1 kepada; akan: Cintanya ~ gadis itu tetap tidak berubah. 2 tentang; me­ngenai; berkenaan (dgn): Pandangannya ~ projek itu adalah memuaskan. hadapan 1 bahagian di sebelah muka; depan: Dia berdiri di ~ saya. 2 yg akan datang: masa ~; tahun ~. berhadapan bertemu muka; bersemuka; bertentangan: Dia duduk ~ dgn saya. berhadap-hadapan saling bertemu muka (bertentangan dan berdekatan): Mereka ~ semasa membincangkan hal itu. penghadapan, = balai ~ tempat orang menghadap raja: Betara Majapahit pun duduk di ~ dihadap orang banyak. di hadapan di bahagian hadapan. ke hadapan 1 ke depan; ke muka. 2 kepada (dlm surat kiriman). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hadap (kata nama)
1. Bersinonim dengan hala: arah, haluan, tuju, tala, tepas, paran,

2. Bersinonim dengan muka: depan, hadapan, haluan,
Berantonim dengan belakang

Kata Terbitan : berhadapan, berhadap-hadapan, menghadap, menghadapi, menghadapkan, terhadap, penghadapan, hadapan,

Puisi
 

Dari mana mula dikejar,
     Rusa lari tepi perigi;
Guru mana tuan belajar,
     Cuba hadap sekali lagi.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Ada aku dipandang hadap,
     tiada aku dipandang belakang.

Bermaksud :

Kasih sayang hanya waktu berhadapan saja, setelah berjauhan lalu dilupakan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Bukan saya selisih tenggiling, Bunga sekuntum Padang Seberang; Bukan saya hadap ke dinding, Ingatkan untung badan seorang.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Dari mana mula dikejar, Rusa lari tepi perigi; Guru mana tuan belajar, Cuba hadap sekali lagi.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Panas sungguh hari ini, Pandang ke langit sisik tenggiling; Marah sungguh tuan ini, Saya datang hadap ke dinding.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas