Haluan sarat banyak muatan, Nampak cahaya batu karang; Tuan ibarat permata intan, Di mana tercampak di situ terang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ambil badan kerat-kerat, Mari letak haluan perahu; Sakit badan haluan diubat, Sakit hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sampan bertambah haluan kemudi Hendak dungkal tali bersimpul; Badanlah penat menahan hati, Hendak bercerai anak sebakul. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Teras Kemunting haluan perahu, Tanam tebu hutan seberang; Angkat kening memberitahu, Bolehkah jumpa sama seorang? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Angin sakal dari haluan, Banyaklah lari orang pemukat; Ingin berbual tiada bahan, Hendak pergi hatilah lekat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat seperahu satu haluan, Adat sesampan satu kemudi; Adat sehaluan satu tujuan, Adat sekemudi bersatu hati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Hilir berderap mudik berderap, Patah galah haluan perahu; Bini berkurap laki berkurap, Penat tangan kaki bergaru. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Burung berbunyi awan melindung, Patah galah haluan perahu; Kau sawa aku tedung, Alah menang belum tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |