Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan, rakan, sahabat, teman: ~ taulan = sahabat ~ teman-teman, kawan-kawan, rakan-rakan; berhandai-handai berkawan-kawan, ber­gaul: Ali dan adiknya yg perempuan sudah dibiarkannya ~, bersenda-senda, dan ber­cengkerama; kalau sudah penat, barulah mereka duduk di pelantar sambil ~ dgn riang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[han.dai] | هنداي

Definisi : kawan; sahabat; rakan. ~ taulan sekalian sahabat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
handai (kata nama)
Bersinonim dengan kawan, rakan, sahabat, teman, kenalan, taulan, sekutu, konco, geng, member;,
Kata Terbitan : berhandai-handai,

Peribahasa

Senduk dengan belanga lagi berlaga.

Bermaksud :

Suami isteri, kaum keluarga, sahabat handai, ada kalanya berselisih juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Pinggan dengan mangkuk, salah sedikit hendak terantuk, b. Salangkan lidah lagi tergigit oleh gigi, c. Senduk dan periuk lagi berantuk).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Kalau helat hendak ramai, Handai taulan semua dijemput; Kalau adat hendak dipakai, Pakai sepadan pada yang patut.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bukan mudah orang berhelat, Sahabat handai diajak serta; Bukan mudah memegang adat, Syariat dipakai nampak di mata.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apabila duduk di tengah pasar, Banyak berjumpa sahabat handai; Apabila mulut berkata kasar, Rosaklah nama jahat perangai.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Helang terbang melewati pantai, Cuaca redup naik perahu; Hilang saudara sahabat handai, Lenyap segala harta dan nyawa.Pantun Melayu SarawakAgama
Tanam limau tanam kedondong, Tanam mari tepi pantai; Harimau garang jangan dikepung, Buat rosak sahabat handai.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat

Kembali ke atas