Orang berlakon Jambatan Koleh, Gereja hangus dimakan api; Kalau dilepas memang tak boleh, Di atas tangga berhayun kaki. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila bertanak tidak dijaga, Kalau tak mentah tentulah hangus; Apabila beranak tidak dibela, Kalau tak susah tentu memupus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Penat sudah orang membakar, Ladang dibakar tak mahu hangus; Penat sudah abang bersabar, Hilang sabar kasihku putus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tumbuh betung di tepi tembok, Terbakar pohon tidak kan hangus; Sungguh beruntung berbini gemuk, Lapar setahun tidakkan kurus. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
Anak kucing bercakar-cakar, Berlari-lari berbondong-bondng; Pekan Bau hangus terbakar, Emas hilang berjongkong-jongkong. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Masak udang dalam perahu, Ubi rebus terletak di padang; Zaman sekarang kalau nak tahu, Budi hangus menjadi arang. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |