Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ri] | هاري

Definisi : 1 masa dua puluh empat jam yg bermula dr matahari terbit sehingga matahari terbit sekali lagi: Dlm seminggu, ada tujuh ~. 2 = siang ~ masa dr matahari terbit sehingga matahari terbenam: tiga ~ tiga malam. 3 masa bekerja dlm satu hari: Dia bekerja enam ~ dlm seminggu. 4 keadaan alam, cuaca dll dlm sesuatu hari: Apabila ~ hujan, dia tidak keluar rumah. ~ akhirat (kemudian) masa selepas musnahnya atau hancurnya alam ini (iaitu selepas hari kiamat). ~ Bapa hari utk mengenang atau memperingati jasa bapa, iaitu pd hari Ahad ketiga dlm bulan Jun. ~ besar hari yg dirayakan utk memperingati sesuatu perkara atau peristiwa penting. ~ bulan tarikh dlm sesuatu bulan yg tertentu; tanggal. ~ depan masa yg akan datang. ~ Guru hari yg disambut utk mengenang atau memperingati jasa guru, iaitu pd 16 Mei. ~ Ibu hari utk mengenang atau memperingati jasa ibu, iaitu pd hari Ahad kedua dlm bulan Mei. ~ Ibu Bapa hari perayaan sekolah dan ibu bapa diundang hadir di perayaan itu. ~ jadi (lahir) a. hari lahirnya seseorang. b. hari ulang tahun kelahiran seseorang. ~ kebangkitan hari apabila manusia dibangkitkan drpd mati utk dihisab segala amalannya. ~ Kebangsaan hari penting yg dirayakan oleh seluruh rakyat. ~ Kemerdekaan (Merdeka) hari yg dirayakan oleh seluruh rakyat utk memperingati kemerdekaan negara. ~ kiamat hari (masa) seluruh alam musnah atau hancur setelah malaikat Israfil meniup sangkakala yg pertama. (~) Lebaran Hari Raya Puasa (1 Sya­wal). ~ muka masa yg akan datang; masa depan. ~ pembalasan hari apabila manusia menerima balasan atas segala amalan baik dan buruk yg dilakukan di dunia. ~ Raya hari yg dimuliakan dan dirayakan kerana menandakan tamatnya puasa atau kerana membesarkan hari orang mengerjakan haji. ~ Raya Haji (Korban, Aidiladha) hari raya yg disambut pd 10 Zulhijah, iaitu selepas hari wukuf. ~ Raya Puasa (Aidilfitri) hari raya yg disambut pd tiap-tiap 1 Syawal; Lebaran. ~ wukuf hari jemaah haji berkumpul di padang Arafah pd 9 Zulhijah. berhari-hari beberapa hari: Kadang-kadang, dia pergi ~ lamanya. hari­an setiap hari; tiap-tiap hari: akhbar ~. sehari satu hari. sehari-hari tiap-tiap hari: Dia membeli barang-barang keperluan ~. seharian, sehari-harian sepanjang hari; sehari suntuk: Dia berasa terlalu letih setelah bekerja ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hari
Kata Terbitan : sehari-hari, sehari-harian, berhari-hari, harian,

Puisi
 

Hari-hari tolak bertimba,
     Jaraknya batang jambu;
Hari-hari tolak bercinta,
     Hajat hati guring sekelambu.


Lihat selanjutnya...(206)
Peribahasa

Hari tak selamanya panas.

Bermaksud :

Untung dan malang silih berganti.

 

Lihat selanjutnya...(49)

Lihat selanjutnya...(1)

Pantun

PantunSumberTema
Buyong si amat Jutan, Lelap tinggi hari; Hari-hari gila sumpitan, Tegal dek burung terbang tinggi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak punai anak merbah, Hari-hari mengangkut sarang; Lautan lagi berubah, Inikan pula hati orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Cina masak itik, Masak mari sampai luluh; Memang tak guna berbini cantik, Hari-hari sahaja bergaduh.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ambil galah jolokkan ranting, Jatuh sebiji di tepi kota; Kalau tidak hutan berkeliling, Hari-hari bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anyam sumpit di Pulau Lindung, Buat bekal bunga lada; Kalau tak sabit bukit melindung, Hari-hari bertentang mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah mempelam buah papaya, Mari dimakan pagi hari; Kalau tuan kurang percaya, Belah dada lihatlah hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Cik Ali memakai terendak, Terendak dipakai di tengah hari; Kalau hati sudah berkehendak, Tidak dapat ditukar ganti.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Budak-budak menjual pulut, Pulut dijual di pagi hari; Kasih adinda hanya di mulut, Kasih tak sampai ke dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Batu kinyang jauh ke darat, Jalan kereta setengah hari; Makin dikenang makin melarat, Makin dicinta tambah berai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak Damak dalam hutan, Hendak menyumpit di tengah hari; Alangkah sedih serta kasihan, Sedangkan bertunang haram tak jadi.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas