Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Besok hari selasa, Lusa hari Rabu; Kalau buat kerja tak dapat rasa, Fikiran kita langsung tak tentu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Apabila jaga meninggi hari, Banyak kerja tidak menjadi; Apabila suka iri-mengiri, Rosak binasa seisi negeri. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Tengah hari orang ke ladang, Kerja menumbuk menuai padi; Patahlah hati orang memandang, Rajanya mabuk menteri berjudi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Pergi berjaja naik teksi, Pekan Sari hari Selasa; Semua kerja dapat diatasi, Jika muafakat kita sebangsa. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |