Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ha.ruan] | هروان

Definisi : sj ikan darat, ruan, Channa striatus; ~ tasik sj haruan, Rachycentron canadus; ~ makan anak prb bapa atau ketua yg memperkosa anak (anak buahnya) sendiri; bagai ~ dlm tuar prb perihal seseorang yg tidak tetap halnya (kerana berada dlm kesu­sahan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ha.ruan] | هروان

Definisi : nama sj ikan darat, Ophicephalus striatus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata haruan

Puisi
 

Anak haruan mudik berenam,
     Lumba-lumba menyusul tebing;
Sama mencecah si hati kuman,
     Susah senang sama membimbing.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Seperti bujuk lepas dari bubu.

Bermaksud :

Menghilang dengan cepat. bujuk = ikan haruan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Belilah haruan serta belanak, Dapat dipindah sesudah bersih; Hati menyetan dadaku bengkak, Melihat abang berpindah kasih.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Anak haruan lima-lima, Pilih saja yang mana besar; Saya bukan ayam betina, Remak botak pantang berkisar.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Anak haruan mudik berenam, Lumba-lumba menyusul tebing; Sama mencecah si hati kuman, Susah senang sama membimbing.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Ikan haruan dipanggang tenggiri, Mari masuk ke dalam perahu; Jangan tuan menghina diri sendiri, Sama saja badan berbau.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan haruan di dalam lubuk, Helang pekaka hinggap di dahan; Sarang tebuan jangan dijolok, Lebam muka celaka badan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan?Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Anak haruan lima berlima, Mencari makan di balik daun; Harap tuan saya terima, Habis bulan berganti tahun.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Ikan todak ikan haruan, Pembungkus gelama daun keladi; Awan berarak hamba tangiskan, Kenangan lama menghiba hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tiga petak tiga penjuru, Anak haruan di Padang Cina; Habis dah ubat habis dah peluru, Barang tembak sedikit pun tak kena.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
12

Kembali ke atas