Buah limau dari seberang, Makanan bijirin sepanjang hayat; Bumi hijau menjadi padang, Padang bangkai padang mayat. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Taat bini setia ke laki, Berkasih sayang sepanjang hayat; Adat berdiri sempuma budi, Selisih hilang tenanglah umat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Baju merah saga, Solat hari Jumaat; Ibu kami jaga, Hingga akhir hayat. | Pantun Melayu Sarawak | Kiasan |
Berat berbeban terasa penat, Jauh berjalan rasanya lesu; Kuingat tuan sepanjang hayat, Walaupun badan tiada bersatu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Zaman kini banyak maksiat, Berbuat dosa orang tak takut; Tuan kunanti sepanjang hayat, Sampai ke syurga akan kuikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tukang emas bertukang gelang, Maka diukur dirangkainya; Sedang erat digenggam orang, Adat hayat terungkainya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Hendak berjalan jambatan panjang, Orang bertukang jambatan roboh; Adik berdoa umur panjang, Selagi hayat kita berjodoh. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Perahu sarat muatan daun, Sarat berisi dengan lokan; Kalau hidup sepuluh tahun, Sepanjang hayat aku nantikan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Mingai puan mingai selasih, Mingai kembayat pergi berlembu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Ingat puan ingat selasih, Ingati kembagau berambu-rambu; Tinggal tuan tinggal kekasih, Ada hayat baru bertemu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |