Helang-helang kaki pelanduk, Gulai daun dipatah dua; Kamek sehelang dengan juak manuk, Lama laun sudinya juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Helang laut helang jambangan, Helang di darat mematuk padi; Kalau diikut mata timbangan, Sama berat baru menjadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Helang pungguk helang perikan, Tidur siang jaga malam; Jari telunjuk diberikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Helang pungguk helang berikan, Tidur siang berjaga malam; Sungguh unjuk tidak berikan, Pepat di luar rencong di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Peribahasa |
Helang terbang melewati pantai, Cuaca redup naik perahu; Hilang saudara sahabat handai, Lenyap segala harta dan nyawa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Helang menyambar burung udara, Singgah menyambar gelugut batang; Hilang budi lenyap bicara, Kasih menjulung bencana datang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Helang berlegar di lautan teduh, Dari jauh tempat bermalam; Kenapa sebentar kasih berlabuh, Laksana siang berganti malam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bernyanyi helang terbang pagi, Tempat bersarang pohon rambutam, Begini malang nasib kami, Tanah segesta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
Bernyanyi helang terbang petang, Tempat bersarang pohon rambutan; Begini malang nasibmu sayang, Tanah sehasta jadi rebutan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasib |
Apabila helang terbang tinggi, Banyaklah ayam Iari menjauh; Apabila orang garang berkelahi, Siang dan malam dicari musuh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |