Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hemat;

Puisi
 

Kembang indah menawan hati,
     Sayang terkerat di tengah hari;
Cinta itu laksana api,
     Tersalah hemat membakar diri.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Ingat sebelum kena,
     jimat (= hemat) sebelum habis.

Bermaksud :

Selalu waspada dan hati-hati; harus berusaha, jangan sampai terlambat.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sudah bekerja ladang, Ingat-ingat menanam jagung; Kalau sudah dituakan orang, Hemat-hemat dalam berhitung.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Orang beradat hemat dan cermat, Bijak menghitung laba dan rugi; Membuang adat umat kiamat, Balak menuntung menimpa negeri.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau ditegang jerami sianit, Keratlah juga berhemat-hemat; Kalau ditimbang bumi dan langit, Beratlah juga Nabi Muhammad.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cermat-cermatlah sampan menyeberang, Datang ombak gulung-menggulung; Hemat-hematlah berjalan seorang, Datang sesak siapa menolong.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Yakin beramai beringat-ingat, Kalau merempai datang sengketa; Kain dipakai berhemat-hemat, Kalau terburai orang berdosa.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Anak kuda melompat-lompat, Bila Ielah masuk ke kandang; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Dibilang kata disebut adat, Adat Melayu bersendi syarak; Sebarang kerja patut berhemat, Hemat laku budi berakhlak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
12

Kembali ke atas