Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/] | هندق

Definisi : 1 ingin mempunyai, mendapat atau memperoleh sesuatu: Budak itu ~ akan baju baru. Kita mesti bekerja keras jika kita ~ maju. 2 bermaksud akan; mahu akan: Dia ~ melanjutkan pelajarannya ke luar negara. 3 untuk; bagi: Dia tidak ada wang ~ membayar hutang. ~lah tidak dpt tidak; mesti; patut. ~nya sebaik-baiknya; sepatutnya. menghendaki mengharapkan (sesuatu); mengingini; memerlukan: Semua manusia ~ kesenangan hidup. kehendak, = ~ hati keinginan atau kemahuan yg keras; kemahuan; hajat: Tanyakan apa ~nya. berkehendak berharap akan; bermaksud hendak; berkeinginan: Dia ~ supaya dia saja yg mendapat keuntungan. berkehendakkan berkehendak akan: Pokok padi ~ air yg banyak utk hidup subur. dikehendaki diingini; diperlukan: Semua pihak diminta bekerjasama, kalau tidak, kita tidak akan maju sebagaimana yg ~. sekehendak, = ~ hati sesuka hati. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hendak (kata tugas)
1. Bersinonim dengan mahu: ingin, berhasrat, berhajat, bercita-cita, berangan-angan,

2. Bersinonim dengan untuk: bagi

Kata Terbitan : menghendaki, kehendak, sekehendak hati, berkehendak,

Puisi
 

Hendak dipais ikan todak,
     Hendak diparut bukannya terung;
Hendak ditangis bukannya budak,
     Hendak terbang bukannya burung.


Lihat selanjutnya...(435)
Peribahasa

Diberi sejengkal hendak sehasta,
     diberi sehasta hendak sedepa.

Bermaksud :

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah).

 

Lihat selanjutnya...(230)

429

Nothing is impossible to a willing heart

Tiada apa yang mustahil bagi orang yang mempunyai tekad atau semangat untuk Berjaya.

Hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya

In his heart, there is no such word as ''cannot,'', and he believes that nothing is impossible to a willing heart. True to his principle, he succeeded in his effort to tour the world on bicycle.

Perkataan ‘tidak boleh’ tidak wujud dalam hatinya, dan dia percaya bahawa hendak seribu daya, tak hendak seribu upaya. Dia benar-benar buktikan pegangannya itu apabila dia berjaya menjelajah seluruh dunia dengan menunggang basikal.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(120)

Pantun

PantunSumberTema
Hendak dipais bukan todak, Hendak dibemban bukan terung; Hendak menangis bukan budak, Hendak terbang bukan burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendak dipais ikan todak, Hendak diparut bukannya terung; Hendak ditangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendak dicincang bukannya rebung, Hendak dipais bukannya todak; Hendak terbang bukannya burung, Hendak menangis bukannya budak.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendak berlengu boleh berlengu, Hendak berlengu Padang Seberang; Hendak bertemu boleh bertemu, Hendak bertemu sesama seorang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tumbuh rebung hendak berbatang, Tumbuh rumput hendak berakar; Sungguh bersambung hendak berpanjang, Sungguh bertambun hendak lebar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Hendak berperahu tiada berkemudi, Hendak menebas tidak berparang; Hendak memetik daun lenggundi, Pohon temoat ular bersarang.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendak mangkuk kuberi mangkuk, Hendak serunai kuberi serunai; Hendak masuk kuberi masuk, Aku bayar wang tunai.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Buah kandis dimakan budak, Hendak ditebang tiada beliung; Hendak menangis bukannya budak, Hendak terbang bukannya burung.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Hendak ke pulau mencari papan, Papan ada tebing seberang; Hendak bergurau hendak berkawan, Kawan ada kekasih orang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bagaimana hendak menjahit, Hendak menjahit jari pun rempak; Bagaimana saya nak naik, Tuan rumah belum nampak.Kurik Kundi Merah SagaAdat
12345678910...

Kembali ke atas