Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hen.da/.lah] | هندقله

Definisi : mesti, harus, patut, wajib: kalau mahu sihat, ~lah dimakan makanan berzat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hen.da/.lah] | هندقله

Definisi : tidak dpt tidak; mesti; patut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hendaklah

Puisi
 

Hendaklah minum tidak bergula,
     Pahitlah pahit diminum juga;
Sudahlah hati bersama suka,
     Baiklah baik diikut juga.


Lihat selanjutnya...(16)
Peribahasa

Mengais hendaklah berkuku.

Bermaksud :

Mencari penghidupan hendaklah berpengetahuan (modal atau alat).

 

Lihat selanjutnya...(144)


Pantun

PantunSumberTema
Budak-budak bermain basikal, Jatuh kerana terlanggar pedati; Hendaklah tabah hendaklah cekal, Hingga sampai hajat di hati.Pantun Melayu SarawakNasihat
Hendaklah minum tidak bergula, Pahitlah pahit diminum juga; Sudahlah hati bersama suka, Baiklah baik diikut juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Cari rebung tanah seberang, Letak mari di atas tikar; Kalau menyambung hendaklah panjang, Kalau menebar hendaklah lebar.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Mencari ilmu hendaklah tekun, Supaya dapat dibuat bekal; Terpuji Melayu hidupnya rukun, Dunia akhirat tidak menyesal.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mencari ilmu hendaklah tabah, Supaya jangan kita terlantar; Terpuji Melayu akhlaknya indah, Memikul beban kita bersabar.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Mengkaji ilmu hendaklah sampai, Supaya jangan kita tersesat; Terpuji Melayu bijak perangai, Sesama insan kita bersahabat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Hendaklah baik memilih pandan, Di dalam pandan ada duri; Hendaklah baik membela badan, Di dalam badan ada diri.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Kalau berjaj hendaklah hemat, Supaya dagangan tetap berlaba; Kalau bekerja hendaklah cermat, Supaya pekerjaan tetap berjaya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Apabila ribut menderu datang, Hendaklah jaga tali kemudi; Apabila perut terlalu kenyang, Banyaklah kerja tidak menjadi.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas