Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hias] | هياس

Definisi : ; almari ~ almari bercermin tempat me­nyimpan barang-barang perhiasan dll; tukang ~ orang yg kerjanya menghias, juru­hias; berhias 1. = ~ diri berdandan diri dgn pakaian (barang kemas dsb) yg cantik, berkemas diri dgn barang yg indah-indah: Bendahara Seri Maharaja pun terlalu baik rupanya lagi sangat ~; janda ~ janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi); mandi ~ upacara mandi sebelum pengantin perempuan dinikahkan; 2. = berhiaskan diperindah (diperelok) dgn: tangga rumahnya ~ pasu-pasu bunga; menghias menjadikan sesuatu lebih cantik atau elok (dgn barang yg indah-indah, gambar, solekan, dll): orang perempuan spt Cik Mahaya ini, memang pintar ~ kamar; menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik atau elok: nasi adap-adapan yg dihiasi emas pun diangkat oranglah ke hadapan baginda; lampu berwarna-warni ~ rumah­nya; senyuman yg manis ~ wajahnya; menghiaskan mencantikkan (mengindah­kan) dgn sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pd bajunya; terhias telah dihiasi dgn sesuatu: pandang­annya kadang-kadang beralih kpd jam­bang­an bunga yg ~ indah di atas meja; hiasan segala yg digunakan utk menghiasi sesuatu: sekeping gambar wanita telah dijadikan ~ kulit majalah itu; ~ dalaman seni menghias dan melengkapi perabot sesebuah rumah, pejabat, dll; perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Raja Ahmad pun diarak oranglah bergajah dgn selengkap ~ pakaian segala raja-raja; penghiasan perihal (perbuatan, proses dsb) menghias, menghiasi atau menghiaskan: beliau merancangkan ~ semula rumahnya; penghias 1. tukang hias, juruhias; 2. yg meng­­hiasi sesuatu: ukiran-ukiran tradisional ~ ruang tamunya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hias] | هياس

Definisi : ; berhias 1 = ~ diri memakai pakaian (barang-barang kemas dll) supaya cantik atau indah dipandang; bersolek; berdandan: Gadis itu pandai ~. 2 (telah) diperelok. berhiaskan memakai sesuatu utk memperindah; diperelok dgn; diperindah dgn: Semua bangunan dan rumah kedai di pekan itu ~ bendera yg berwarna-warni. menghias menjadikan sesuatu lebih cantik (dgn barang yg indah-indah, gambar dll): Dia ~ biliknya dgn gambar dan kertas yg berwarna-warni. menghiasi menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yg berwarna-warni ~ ruangan itu. terhias telah atau sudah dihias: Pandangan mereka tertumpu pd jambangan bunga yg ~ indah di atas meja. hiasan hasil menghias: ~ di dlm bilik itu sungguh menarik. perhiasan sesuatu yg digunakan utk berhias atau menghias: Isteri saudagar itu menyimpan barang ~ yg mahal-mahal. penghiasan perihal atau perbuatan menghias: Beliau merancang ~ semula rumahnya. penghias orang yg menghias. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hias
Kata Terbitan : berhias, menghiaskan, hiasan, perhiasan, penghias,

Puisi
 

Air pasang tenang di hulu,
     Kain tudung hias di pintu;
Jika terkenang masa dahulu,
     Jantung berperang dengan hempedu.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

PantunSumberTema
Baju putih bukanlah kebaya, Pakai hias Baba Melaka; Hilang jiwa tidak mengapa, Asalnya boleh berjumpa mata.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Air pasang tenang di hulu, Kain tudung hias di pintu; Jika terkenang masa dahulu, Jantung berperang dengan hempedu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta

Kembali ke atas